Thursday, June 19, 2014

5 Kebaikan utama buah Kiwi untuk wanita Hamil dan menyusu



 Saya yakin dan percaya ramai ibu2 di luar sana ingin kan yang terbaik untuk si kecil anda..saya kongsikan kebaikan buah kiwi..buah ni rasa manis2 masam..xde la sampai xleh nak telan kan....selain mengambil multivitamin..penting juga kita amalkan buah-buahan..

ala..skema nya ayat..ape2 pon..cekidut..apa yang buah kiwi boleh buat untuk anda..yang bukan ibu hamil dan ibu menyusu pon..boleh ambik xde masalah..untuk kesihatan yang menyeluruh..

baik untuk kesihatan anda..



 


  • mempertingkatkan sistem imuniti- bagi ibu-ibu hamil pastinya mengambil banyak vitamin c untuk keperluan diri dan bayi. Tahukan ibu-ibu bahawa buah kiwi mempunyai vitamin c lebih tinggi daripada buah oren. sebiji buah kiwi seperti 3 biji buah oren. jadi cuba bayangkan betapa banyaknya vitamin c dalam buah kiwi. ketika hamil amat penting bagi ibu-ibu mengekalkan sistem imuniti dalam badan dan dengan adanya vitamin c yang cukup di dalam badan akan melawan bakteria.

  • mengandungi asid folik yang tinggi- seperti yang ibu-ibu sedia maklum pada awal kandungan atau sesiapa yang merancang mengandung biasanya digalakan mengambil asid folik. ini bertujuan untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi sewaktu kelahiranya. antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku adalah spina bifida iaitu penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. biasanya ia berlaku pada 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan. Buah kiwi mempunyai kandungan asid folik yang tinggi. ianya juga adalah makan ideal bagi ibu-ibu mengandung.

  • Mengurangkan sembelit- sewaktu mengandung ibu-ibu pasti mengalami sembelit. ini adalah kerana perubahan hormon. pengambilan makanan yang tinggi serat adalah penting untuk mengelakan sembelit. sebiji buah kiwi bersamaan seperti semangkuk bijirin.serat juga bagus mengumpul dan membuang toksin daripada kolon serta dapat mengelakan kanser usus.

  • tidur nyenyak- biasanya pada awal kehamilan iaitu pada trimester yang pertama ibu-ibu pastinya mengalami masalah tidur. apa yang paling merisaukan hal ini akan berlarutan hingga di akhir kehamilan. kajian menunjukan bahawa pengambilan sebiji buah kiwi sebelum tido iaitu sejam sebelum tidur akan meningkatkan kualiti tidur ibu-ibu hamil. kandungan kalsium yang tinggi dalam buah kiwi akan menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang ibu itu. ini adalah cara yang terbaik untuk ibu-ibu tidur dengan lena dan menghilangkan kerisauan tentang kesihatan ibu dan bayi.

  • merendahkan tekanan darah- ketika hamil ada ibu-ibu yang pastinya mengalami peningkatan tekanan darah. jika tahap tekanan darah naik secara mendadak dan tidak dirawat ianya akan membahayakan diri ibu tersebut dan bayi. ini akan mendatangkan masalah diabetes. buah kiwi mengandungi potassium yang sngt tinggi berbanding pisang. potassium melawan efek garam (sodiun) bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.
jadi dengan sedikit fakta yang saya ingin kongsikan bersama ibu-ibu hamil ataupun ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, saya harap dapat dimanfaatkan. mungkin ada ibu-ibu yang tidak dapat memakan pil2 yang banyak, jadi bole digantikan dengan pengambilan buah kiwi. buah kiwi ini mengandungi banyakkk nutrien. 




sebiji buah kiwi mengandungi 60 kalori. 

memakan 2 biji buah kiwi yang bersaiz sederhana membekalkan ibu-ibu pelbagai nutrien yang penting dalam gizi makanan. saya sendiri telah mengamalkan pemakan buah kiwi sebiji sehari kerana ini memberikan susu badan yang terbaik untuk anak. memang harganya mahal, tapi apalah nak dikira jika dibandingkan dengan khasiat yang terkandung dalam buah kiwi itu.