Monday, September 29, 2014

Pagi yang panjang di KLINIK BALQIS KOTA BHARU, Kelantan

sebenarnya nak cerita kisah ni lama dah..

masa raya puasa hari tu..x tahu la kulit SAFRINA sensitif....sebelum2 tu memang kena gigit nyamuk, semut..comfirm tinggal parut..parut hitam lak..

habis x comey my anak dara..sampai loni parut masih ada..jadi AWAS kalau nak pakaikan dia skrit pendek ke ape..memang nampak jelas kesan parut tu..alahaii anak mama ni..

so, yang part raya tu sebab kat sekeliling leher dia naik ruam2 yang dalam kategori teruk..kemerahan..one day mase dia tido..garu-garu sampai kuar darah bagai..

boleh imaging x, tuan badan sedap tidur sambil garu-garu tapi..baju dah habis darah dia..kesian sungguh..

lepas raya nak jumpe doktor pakar kulit..Dr. Balqis..ye la orang cerita doktor ni sangat bagus dalam merawat kulit..

budak comel mama ada kulit sensitif..huhuu
Sabtu yang cerah..so, bersiap awal la kami laki bini..sementa la diketahui ramaaai amat orang di klinik kalau lambat jenuh la menunggu..

jam waktu kul9pagi..alhamdulilah..jalan x sibuk mana n parking kereta pun senang...

rupanya ramaii betul orang even klinik baru dibuka 1/2jam yang lalu..bayangkan masa kami sampai dapat nombor 26 pada jam 9 pagi..ayooo..

kalau tidak silap tepat kul 11.30pagi camtu nombor giliran habis pada sesi pagi..kalau ada yang datang lepas tu boleh terus ambik nombor tapi untuk sesi tgh hari..

wow..dahsyat x?..

ada jugak yang mak ayah pulangkan balik nombor giliran sebab anak-anak x leh nak duduk diam sebab lama menunggu..alih2 pulangkan nombor giliran, ambik balik kad terus balik..

pada hari yang aku pergi tu..siap artis popular datang klinik ni...mulanya x cam..tapi yang paling ketara part yang dia pakai cermin mata hitam dalam klinik..
biaq betoi kn pakai spek dalam bangunan..rupa2nya akak ZIANA ZAIN..

macam x percaya..tapi kenapa lak dia dapat masuk dulu..ohh..sebab dia artis kot x pon sebab memang dia dh booked awal..xpe la..aku tidok la nak mengambik gambaq nye..tengok je la..

ada jugak pesakit yang katanya datang belum klinik bukak lagi..dapat nombor 7..kalau kami yang datang 1/2jam lepas klinik bukak memang x pelik dapat nombor 26..huk..huk..

akhirnya sampai lah jua giliran kami.. hampir 3jam menunggu..punya la lama..Safrina habis cara pujuk semua x makan saman..sebab kepuasan..ketahui lah my baby ada penyakit kulit eczema..

alahaii anak mama...sian pon ada..

FAKTA SKET PASAL ECZEMA : Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).

Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus (i.e. kurap, panau).

Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Panduan pengurusan Eczema :
  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran. 
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi eczema.

lepas ni memang nak kena jaga betul2 kulit Safrina..kata doktor tu.kalau x jaga dalam masa 2 tahun ni penyakit ini x akan hilang sampai bila-bila..kalau berjaga, penyakit kulit akan lenyap sampai bila-bila..

nak mandi kena pakai sabun khas, nak sapu krim setiap masa..xpe, Safrina..mama x keje..mama sanggup buat apa sahaj untuk awak sayang..


selepas 3 hari guna ubat klinik..terus hilang ruam-ruam kat leher..sangat2 mujarab tapi nasihat doktor kena beringat sokmo..beware! sebab bila2 masa je datang balik..so ibu-ibu yang ada masalah penyakit kulit terutama anak-anak kecil patut pergi menerima rawatan di klinik Balqis walaupon padaku menunggu lama tapi agak berbaloi..

sekarang pon guna ubat klinik dan sapu krim herbal blend Shaklee..sangat2 ok..

moga SAFRINA MAMA cepat sembuh..

your love,
mama

Thursday, September 25, 2014

SET DIABETIS/KENCING MANIS dan VITAMIN SHAKLEE

salam...

tenkiu..tenkiu..sudi singgah sini..
 hari ni nak bincang kan penyakit yang sangat ditakuti dan rakyat Malaysia antara yang ramai menghidap penyakit lebih-lebih bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang sibuk..

bila dah sibuk ni, makan pun x menentu dan main 'bedal' masukkan apa saje kan dalam mulut...

Kekadang kita berasa sihat tanpa ada masalah kesihatan..tetapi, perihal diabetis dapat dikesan awal..Jom kita semak tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

TANDA-TANDA AWAL MENGHIDAP DIABETIS
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Dan kebanyakkan daripada pesakit diabetis kurang peka dengan simptom2 awal dan ada juga yang tidak mahu menerima hakikatnya.. mereka menyedari setelah dirujuk kepada doktor.





Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
  •   Adik beradik kepada pesakit diabetes
  •   Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
  •   individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
  •   Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
  •   Individu yang tindak bersenam
  •   Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

pencegahan awal dengan pengambilan supplement diabetis daripada vitamin Shaklee..

ini berita baik untuk anda :

 


  DAN MENGAMALKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT..JOM FOLLOW

Pencegahan Diabetes
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes  untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur




2. BERSENAM
  Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi  dan bertambamenyeronokkan bersenam bersama keluarga


3. PENJAGAAN KESIHATAN
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes




4. SUPPLEMENT
  Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk  menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.




5. TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.
Ingin dapatkan supplement untuk diabetis/kencing manis untuk anda,ibu bapa anda..
Jangan malu-malu untuk hubungi saya:


khidmat konsultansi berterusan secara PERCUMA..





pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN


Sid : 1092200 

phone/sms/whatsApp:013-5265534


fanpage : LIKE Vitamin4Life


Email : nikshahana@gmail.com 
 



COD : Kota bharu.kubang kerian.pengkalan chepa.bachok.peringat.kok lanas.wakaf che yeh

 
 

http://nikshahana.blogspot.com/2014/04/peluang-suri-rumah-jana-pendapatan-45.html
KLIK PIC JIKA XNAK MENYESAL

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


 

Wednesday, September 24, 2014

Rawat Masalah Jerawat dengan Bantuan Vitamin Shaklee

Salam..

saya menerima ramai customer yang ingin merawat dan menghilangkan terus jerawat selain parut nya sekali..

wow..alangkah bahagia nya kalau wajah suci ini dikembalikan sama seperti semasa zaman kanak-kanak dulu tanpa jerawat..saya selalu juga terbayangkan kulit anak-anak yang mulus, kudus..jeles sungguh kan..

 
comel..kulit gebu, mulus..


ohh..sukarnya kan..

tapi saya fikir, mungkin ada yang mempersoalkan boleh kah vitamin merawat jerawat??

sebelum anda membuat andaian atau kesimpulan sendiri, saya terangkan serba sedikit bagaimana vitamin-vitamin ini bekerja memperbaiki sel kulit anda..

dan saya juga percaya pandangan mata kekadang terpedaya kepada set kulit dalam penjagaan luaran sahaja..ala, kalau jerawat naik kat pipi, sapu je la kat pipi kan..

Tapi sebenarnya kalau dalaman yang dah rosak, sel-sel kulit yang dah berpecah daripada struktur asal..memang sapu apa-apa pun x ke mana..kalau ada pon, pemulihan nya sekejap je...kulit tetap tidak sihat.. jerawat sewenang-wenang nya tumbuh..

okey..memandangkan saya dulu pun sebenarnya memang give up nak rawat jerawat ni dengan product kulit luaran..apa-apa sahaja produk kulit..risau yang amat kalau-kalau makin teruk..tapi pada masa yang sama tak nak biarkan je kulit macam ni..berjerawat, kusam, liang pori makin terbuka..

rujuk kisah dan pengalaman saya perbaiki kulit berjerawat dengan Set Shaklee 



JOM REVIEW satu-satu kita kupas ye..

Percaya atau tidak, organ kulit adalah organ yang paling besar tetapi paling akhir menerima nutrien daripada apa yang kita makan. Ini bermakna kulit kita hanya mendapat 'saki-baki' nutrien daripada makanan kita jika nutrien yang kita ambil itu mencukupi. Jika tidak, kulit kita ini hanya mendapat sisa-sisa yang mungkin tidak berguna seperti minyak, lemak dan toksin.

 
Sebab itu, adalah sangat perlu untuk kita memastikan apa yang kita makan benar-benar diserap dan digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Sebenarnya, cara yang paling berkesan  dan paling sihat untuk merawat jerawat atau akne adalah dengan mengambil vitamin!!


Wajah tanpa jerawat idaman semua orang

Walaupun punca sebenar jerawat masih di perdebatkan oleh para saintis, tetapi ramai yang percaya bahawa ia berpunca dari ketidakseimbangan hormon dan tabiat pemakanan kita. Sesetengah vitamin dalam makanan memberi ko-faktor yang memainkan peranan penting dalam mengimbang dan me'normal'kan semula tahap hormon dalam tubuh kita.

Jom berkenalan dengan vitamin hebat untuk kulit dan jerawat!

Vitamin A dan Zink
Vitamin A adalah satu bahan penting dalam kebanyakan krim jerawat di pasaran. Vitamin A adalah antioksidan yang kuat, sangat penting untuk mengawal lipid dan lemak daripada teroksidasi. Untuk Vitamin dapat berfungsi dengan baik, ia perlu diserap secara sempurna oleh tubuh. Zink adalah satu vitamin yang memastikan penyerapan Vitamin A dengan sempurna. Zink juga membantu mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan pembengkakan akibat jerawat dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.





Vitamin B Complex


 
Datin Norjuma pengamal B complex

 

Vitamin B1- antioksidan yang membantu membuang toksin dan menghalang pembentukan jerawat
Vitamin B2- bersama-sama dengan vitamin A untuk membantu dalam kesihatan kulit, rambut dan kuku yang baik. Kekurangan vitamin B2 dikaitkan dengan masalah jerawat
Vitamin B3- memperbaiki peredaran dan membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Jerawat adalah manifestasi kekurangan vitamin B3.
Vitamin B5- Menurut Dr. Lit Hung Liung dalam bukunya, Vitamin B5 akan bersama dengan ATP dan cystiene untuk membentuk co-enzim A. Co-enzim A perlu bagi metabolisme lemak melalui sintesis hormon.
Vitamin B complex juga sebagai bahan anti stress dan melancarkan saraf.






Vitamin C


Basic dalam penjagaan kulit, tak nak banyak sangat vitamin..boleh ambik vitamin C sahaja.WAJIB!!

 Vitamin C juga antioksidan hebat yang membantu dalam kesihatan dan pertumbuhan tisu, dan membaikpulihnya. Ia juga sangat perlu untuk membantu menyekat bakteria penyebab jerawat dan akne.





Vitamin E


Vitamin E Hadiah untuk Kulit Cantik, sumber daripada Majalah Wanita

 Juga dikenali sebagai "vitamin kecantikan". Ia melegakan kondisi akne dengan melindungi kulit daripada oksidasi dan penuaan. Ia mempertingkatkan kemampuan tubuh untuk sembuh dan memulihkan tisu rosak , menghambat oksidasi lipid dan pembentukan radikal bebas.


Herb-lax/ Alfalfa Complex
Berfungsi sebagai agen detoksifikasi dan membantu mengurangkan infeksi pada kulit. Ia penting untuk mengurangkan toksin dalam darah yang boleh merosakkan kulit.



GLA Complex


GLA COMPLEX...banyak kebaikan untuk wanita..
 
Membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengecilkan pori dan rongga dari tersumbat. GLA juga penting dalam pengawalan hormon yang menjadi punca jerawat.



 

ESP


Sumber protein saya daripada ESP Shaklee..wallah..i love it!
 
Sumber protein yang sangat penting untuk penjanaan sel-sel baru. Sel baru yang lebih sihat akan memudahkan penyerapan sebarang vitamin. ESP juga berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka jerawat, mengurangkan parut, mencantik dan menggebukan kulit bukan saja kulit wajah tapi seluruh tubuh.


saya fikir dengan penjelasan sedikit sebanyak menjelaskan bagaimana vitamin-vitamin Shaklee ini bekerja untuk menjaga kulit anda, tidak semesti nya untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat tetapi juga bagi mereka yang mementingkan kesihatan dalaman...x rugi kan ambik supplement..

RAWATAN dari dalam MENYERLAHKAN kecantikan LUARAN..



SPECIAL: Tips membuat masker ESP, masker Vitamin E dan masker Vitamin C dari saya!

Dapatkan set penjagaan kulit sihat anda hari ini juga!!

Jangan malu-malu untuk hubungi saya:


khidmat konsultansi berterusan secara PERCUMA..




pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN

Sid : 1092200 
phone/sms/whatsApp:013-5265534

fanpage : LIKE Vitamin4Life

Email : nikshahana@gmail.com 
 


COD : Kota bharu.kubang kerian.pengkalan chepa.bachok.peringat.kok lanas.wakaf che yeh

 
 
http://nikshahana.blogspot.com/2014/04/peluang-suri-rumah-jana-pendapatan-45.html
KLIK PIC JIKA XNAK MENYESAL

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  




 

Tuesday, September 23, 2014

SET KESIHATAN OPTIMUM dari SHAKLEE serta Cara Makannya

salam..

hari ni bumi kelantan redupp jee..aihh..seredup hatiku yang berjauhan daripada incik suami...ohh..apakahh..***sorry abaikan ayat di atas.haha

saya isteri weekend kan..jumpa suami hujung minggu je..tapi xpe la..dugaan kan indah kalau kita redha..ALLAH sebaik2 pengaturNYA..

mak aihh..dah melalut p mana2 dah nik anna..lalala..

tapi memang redup hari ni..

berbalik pada tajuk entry ni, saya nak kongsikan : 

2 hari lepas saya terima whatsapp..2 beradik...memula x tahu mereka ini adik beradik...tapi yang curious nya cara messg dan waktu tu sama... patut la ayat sama sebijik dan cara tanya pun sama..sorang duk johor, sorang lagi duk kelantan..

alahaii..bagus betul 2 beradik ni..niat nak cari supplement untuk mak yang tercinta..

mana-mana pengunjung blog saya ini yang belum kenai lagi SET KESIHATAN OPTIMUM daripada SHAKLEE..sini, nak habaq mai..

SET ini bukan sahaja bagi mereka yang berdarah rendah, ibu hamil tapi juga bagi mereka prihatin menjaga kesihatan di tahap yang optimum

 
 kata mereka..mak mereka selalu letih, tidak bermaya, kurang selera makan dan lain-lain lagi..

kadang2 penunjuk ini semua menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi..dan alternatifnya ambik supplement atau vitamin..

saya puji tindakan adik beradik ini yang inginkan yang terbaik untuk mak mereka..

SET KESIHATAN OPTIMUM dari Shaklee ini megandungi Vita Lea, Vita-C, B complex..

saya dah kongsikan di entry sebelum ini kebaikan dan manfaat setiap vitamin dalam set kesihatan optimum ini..

jom rujuk sini 

i. Vita Lea bantu ibu hamil dengan kebaikan nya..
ii. B complex bantu bekalkan tenaga dan kurangkan stress
iii. Vita-C vitamin terbaik dari Ladang..wallah..

saya kongsikan cara makan SET KESIHATAN OPTIMUM ni ya, harap dapat membantu mereka-mereka di luar sana yang inginkan kesihatan terbaik..mencegah lebih baik dari merawat kan..

sebenarnya tak susah pon tentang pengambilan nya..
 saya sarankan pengambilan semua vitamin ini waktu pagi iaitu selepas breakfast..

CARA PENGAMBILAN VITAMIN SET OPTIMUM
1 Biji B complex
1 biji Vitamin C
1 biji Vita lea..


mudah bukan...makan waktu pagi untuk memberi tenaga dan kecergasan yang berpanjangan sepanjang hari..jangan lupa juga minum air kosong secukupnya..minimum 3L sehari..


tahu kah anda?..keperluan air yang mencukupi membantu kadar penyerapan vitamin ke dalam badan anda secara optimum..jangan makan vitamin sahaja tapi jumlah air tidak mencukupi, bukan kah itu perbuatan yang rugi..


so, xnak rugi kan..jom amalkan pengambilan air masak dengan kuantiti yang banyak..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b64bdf76ab9e818a9374f1a926e8663c



  ATAU..hubungi saya pun boleh..


khidmat konsultansi berterusan secara PERCUMA..




pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN

Sid : 1092200 
phone/sms/whatsApp:013-5265534

fanpage : LIKE Vitamin4Life

Email : nikshahana@gmail.com 
 


COD : Kota bharu.kubang kerian.pengkalan chepa.bachok.peringat.kok lanas.wakaf che yeh

 
 
http://nikshahana.blogspot.com/2014/04/peluang-suri-rumah-jana-pendapatan-45.html
KLIK PIC JIKA XNAK MENYESAL

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


Monday, September 22, 2014

Misi mencari sizzling yee mee mengidam tahap ibu hamil

salam..hari ni nak out of topic..

al kisahnya ibu hamil ni mengidam nak makan yee mee sizzling..(aku ler tuhh)..

sebab duk teringat masa belaja dolu2..selalu sangat makan sizzling di food court BP Mall..alahai..kecur air liuq chek ni ha..x kan nak p jauh nun d sana semata2 nak mencari sizzling..alahaii..my baby you..=.=..



zaman muda mudi dolu2..


dalam fikiran mesti kat KB Mall pon ada..so, mengada2 la si ibu hamil mengajak mr papa ni mencari nya..

alangkah hampa nya..rupa sizzling dah ada..tp x cukup lengkap..pic x snap sebab geram sangat..

bayangkan ayam 2 ketul dengan kuah dan yee mee shj..xde dah benda lain..alahai..menyesal pon ada sebab kena bayar mahai la jugak..pendek kata x berbaloi..=(

okey..next kedai nak cari sizzling..area Panji, Kota Bharu..kedai bawah khemah..punya la ramai orang..kedai ni ada sumbody yang bgtau..

so, dengan harapan yang mengunung...walaupon masa tu hari nak hujan lebat..berangin kuat semacam je..tapi nasib baik x hujan..

kedai tu agak glamour sebab ramai benor orang nya..so, sampai la pelayan dengan menunya..bak kata org dah tahu nak makan ape x yah tengok lah menunya..terus order sizzling special you..

sekali yang sampai..x de rupa sizzling sebab kuahnya putih je..rasa plak macam kueh tiaw lakna pon ada..~~~fail!!

HAMPA lagii~

...last sekali baru puas hati..sizzling d TESCO Kota Bharu..yang ni pun tragis jugak..g sekali, kuah x siap lagi..balik dengan hampa..x kan nak tunggu..x kuasa eden~..lain la nak shopping dlu di Tesco..nak balik nanti datang balik kan..tapi aku ni g hantar vitamin COD je..x shopping dah sebab semalam dah g MYdin..(haha..details cete)...

dan akhirnya mak buyung menikmati sizzling yang sama dengan sizzling di food court BP mall di TESCO kota Bharu..yahuu..harga pon berbaloi..RM4 je se pot ni..




ni adalah resipe yang bagi aku sangat senang nak buat..lepaih ni nak tera masak sendiri..

wallah...baru puas hati kan..

jom cuba kawan2..=)  

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)

 
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
 

Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
 
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
 
untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, 
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)
ok, selamat mencuba ya rakan rakan..

Wednesday, September 17, 2014

Masalah Penyakit Hati dan Rawatannya dengan DTX Complex Shaklee

Hari ni nak cerita tentang satu lagi produk yang sangat best iaitu DTX Complex. DTX Complex ni tugasnya special iaitu untuk detoks hati. Since hati kita ni adalah antara organ yang paling sibuk setiap masa sebab kerjanya dianggap sebagai kilang pemprosesan dalam tubuh kita dan ia menjalankan banyak fungsi kritikal serta regenerasi.

 Ia juga organ yang menapis bahan-bahan kimia yg lalu dalam darah kita termasuk pengawet, pewarna sintetik, perasa tiruan, additif makanan, ubat-ubatan dan segala benda yang bukan natural lah. Kesian kat hati kan?



Antara fungsi hati kita ialah:

1. Rembesan hempedu
Cecair rembesan hempedu ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak; memecahkannya kepada lapisan lebih kecil. Hempedu bantu penyerapan vitamin larut lemak seperti A,D,E,K , dan bantu asimilasi kalsium. Hempedu menukar beta karotena kepada vitamin A.

2. Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang ditoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protein. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan2 toksik seperti sisa metabolik, sisa racun seranggan, dadah, alkohol, ubat2, bahan2 sintetik, bahan2 kimia dan bahan2 lain yg kurang toksik. Bahan2 ini kemudian dikumuh dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, kita juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yg betul.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Dengan menukarkan tiroksina- hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutathione. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

4. Metabolisme lemak
Hati penting dalam sintesis asid lemak, asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan fosfolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk hasilkan tenaga. Dimana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian di angkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.



DTX Complex Shaklee

~Ia mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; iaitu ekstrak Schizandra dan Reishi mushroom (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak daripada dendelion, kunyit dan articoke (herba yang mengekalkan aliran hempedu).




Keistimewaan DTX Complex

  • melindungi hati daripada toksin termasuk dadah, racun, bahan kimia
  • merawat masalah hati spt hepatitis dan psirosis
  • mencegah dan merawat batu karang
  • bantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema
  • bina semula sel-sel hati
  • meransang pengaliran hempedu
  • bantu fungsi hati, bagus semasa berlaku pembengkakan hati dan jaundis
  • bantu rawat endometriosis
  • bantu rawat sembelit sebagai julap semulajadi
  • melawan anemia- bantu penyerapan zat besi
  • melawan tumor dan kanser
  • merendahkan aras gula dalam darah
  • baik untuk masalah kembung dan lebihan air (edema)
  • antioksida-halang radikal bebas penyebab kanser
  • kesan anti radang dan kurangkan kesakitan
  • kesan antiviral terhadap virus HIV
  • bantu bina sistem imun
  • rawat sindrom keletihan kronik
  • bantu cegah penyakit jantung
  • meransang sintesis protein
  • meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk proses detoks
  • memperlahankan pembentukan toksin
  • merawat masalah jerawat badan (akibat banyak toksin)
DTX complex juga sesuai untuk mereka yg sangat kuat merokok, selalu makan makanan tak sihat seperti jajan, fast foods, dan yg mengandungi banyak perisa, pewarna dan pengawet.

Ingat hati ingat DTX Complex!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4fd16173b1e193820f5998c6b884a438
 ATAU..hubungi saya pun boleh..

khidmat konsultansi berterusan secara PERCUMA..




pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN

Sid : 1092200 
phone/sms/whatsApp:013-5265534

fanpage : LIKE Vitamin4Life

Email : nikshahana@gmail.com 
 


COD : Kota bharu.kubang kerian.pengkalan chepa.bachok.peringat.kok lanas.wakaf che yeh

 
 
http://nikshahana.blogspot.com/2014/04/peluang-suri-rumah-jana-pendapatan-45.html
KLIK PIC JIKA XNAK MENYESAL

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.