Saturday, November 22, 2014

20 Tips Hebat wajib Ibu bapa Amalkan Supaya Anak jadi Bijak dan Genius!

Anak cerdik dan cergas adalah impian semua ibu bapa. Cerdik dalam kelas sahaja tidak memadai dan tidak bernilai melainkan anak cerdik itu juga anak yang baik, mulia, tinggi adab, sopan, memahami, menyenangkan hati orang disekeliling dan suka membantu serta membuat kebajikan. Inilah sebenarnya anak yang genius. Dia mampu menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran dan situasi dan dirinya mudah disayangi.

Anak genius terbentuk daripada rumah iaitu atas asuhan ibu bapa yang bijak dan penuh keprihatinan...melentur buluh biar dari rebungnya kan..

Perhatikan perkara berikut yang boleh dijadikan panduan untuk melahirkan insan genius sejak dari kecil...jom saya share kan 20 tips para ibu dan bapa boleh amalkan..semua ini berkisar di dalam kehidupan kita seharian..

#Tip 1. Anak kecil suka meniru tingkahlaku. Tunjukkan tingkahlaku yang baik, hati-hati dengan perkataan yang digunakan.

#Tip 2. Beri masa untuk dia menikmati peringkat/ tahap hidupnya. Jangan tergesa-gesa untuk membentuk dirinya.

#Tips 3. Hadapi cabaran dengan tenang dan terkawal kerana anak sebenarnya memerhatikan kita dan menyerap apa yang dia lihat.

#Tips 4. Terima dia seadaanya. Jangan cuba cari kesalahan dan merendahkan kebolehannya. Fokus pada kekuatan yang dia ada.

#Tips 5. Biar anak lakukan sendiri perkara baru. Beri perhatian dan sokongan supaya mereka tidak mudah putus asa dan tidak takut gagal.

#Tips 6. Kurangkan menegur tabiat buruknya. Cuma awasi tabiat buruk dan puji tabiat baiknya.

#Tips 7. Stabilkan emosi dan jiwa

#Tips 8. Elakkan berleter kerana anak kecil lebih banyak bertindak daripada bercakap. Mereka akan memilih untuk tidak mendengar.

#Tips 9. Layan mereka seperti kita melayan orang dewasa supaya mereka tahu mereka wujud.

#Tips 10. Berlatih mendengar apa yang ingin mereka sampaikan secara aktif. Bantu mereka cari perkataan yang sesuai.

#Tips 11. Berikan mereka kasih sayang tanpa syarat untuk mengelak mereka berasa terpaksa menagih kasih sayang. Kasih sayang sentiasa jadi milik mereka sejak mereka dilahirkan.

#Tips 12. Bercakap jujur dengan anak, elakkan menipu supaya anak bersikap jujur.

#Tips 13. Elakkan menjerit, memukul, bersikap kasar dan keras terhadap anak. Jangan memendam sakit hati atau bercakap sesuatu kurang elok mengenai anak ketika sedang marah.

#Tips 14. Tepati janji yang telah kita buat. Jika janji dicapati kelak kata-kata kita akan jadi tak bermakna.

#Tips 15. Jangan bertolak ansur pada perkara yang membabitkan nilai dan kepercayaan.

#Tips 16. Jangan menidakkan rasa takut kerana pada mereka rasa takut memang wujud. Anak kecil belum pasti pada banyak benda di sekeliling mereka.

#Tips 17. Jangan mencela atau merendahkan anak dihadapan orang atau ketika dia ada bersama. Hormati maruah anak.

#Tips 18. Ajar anak berfikiran sihat setiap masa. Bantu dia meluah perasaan dengan cara positif dan tidak memendam perasaan atau mengguna kata-kata kesat.

#Tips 19. Didik mereka menyanjungi dan menghargai kehidupan contohnya melihat semut berjalan amat menarik perhatian mereka. 

#Tips 20. Ingatkan diri sendiri bahawa anak itu masih kanak-kanak. Anak berusia dua tahun mesti diperlakukan seperti anak berusia dua tahun. Paksaan melakukan sesuatu yang dia tidak bersedia boleh menjurus kepada masalah tingkah laku.

nak tambah supplement untuk anak-anak..


Nah dengan mengamalkan panduan ini, ibu bapa bukan sahaja melahirkan anak yang bijak, tapi teguh jiwanya, kental hatinya, perkasa kasih sayangnya, dan insyaAllah akan menjadi insan genius yang disukai masyarakat.