Tuesday, December 2, 2014

Resepi Kek Pisang Mudah guna Blender sahaja..kek gebu dan sedap

mesti ramai yang suka makan kek pisang kan..tahu tak nak buat cmne?..tak pernah nak buat?..ala..ruginya..senang je ni..saya nak kongsikan resepi kek pisang yang sangat mudah..sedap pulak tu..nak gebu dan sedap, petua dia guna air tangan sendiri..wallahh..gituu~

cara saya senang je..bukan sahaja suri rumah macam saya ada masa di dapur..tapi golongan ibu-ibu yang bekerja pun boleh buat...kejap je..dah siap..lagi senang..guna blender je..macam resipi kek coklat saya ni..guna blender je..masyaALLAH..sedap,gebu, naik molek ore kelate kato..yang penting kurang manis yaa..

senang baked dalam cupcake..nak makan..ambil satu..nak bakar dalam loyang pun boleh

jom..saya kongsikan resipi mudah ni..

BAHAN-bahan..
4 biji pisang (size sederhana)..-apa2 jenis pisang pun boleh
1 cawan gula pasir- kalau x nak manis boleh kurangkan
1 cawan minyak masak
4 biji telur 
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama dengan 1 sudu teh baking powder dan 1 teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau - xde pun xpe
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah celcius api atas dan bawah
2. kisar gula, telur, minyak di dalam blender hingga putih ( 3-5 minit gitu)
3. tuang dalam besen adunan blender tadi..masukkan tepung gandum..kacau rata dengan senduk
4. Masukkan pisang yang telah dilecek, esen vanilla dan air limau..gaul sebati
5. sedia untuk dibakar..kalau pakai cupcake suhu 180 darjah celcius,selama 15 minit..if ibu-ibu guna loyang bakar 40minit suhu 170 darjah celcius..
6.siap..


buat banyak2 kali pun kek pisang ni..tetap sedap, gebu..kalau ada pisang jom pelbagaikan..anak-anak mesti suka..

selamat mencuba..

with love,
mama safrina