Monday, January 19, 2015

10 Makanan Yang Dapat Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri : Tips Mudah Hamil

Semua pasangan yang berkahwin mesti ada keinginan untuk mempunyai cahaya mata. Sama ada cepat atau lambat, itu semua terserah kepada Yang Maha Esa. Tugas kita manusia ialah melakukan semua usaha yang termampu dan berdoa kepada Allah supaya hajat kita dimakbulkan.



Tahap kesuburan berkait rapat juga dengan pemakanan yang kita ambil. Diet yang betul membantu penghasilan hormon dan memperbaiki tahap kesihatan lelaki dan wanita, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.



Diet yang betul juga membantu tubuh badan bersedia untuk hamil dan mengelakkan berlakunya risiko keguguran.






So, jom tengok apakah 10 makanan yang patut di amalkan untuk membantu meningkatkan kesuburan.

# Tips 1 : Beras perang
Sumber karbohidrat kompleks yang membantu memperbaiki kesuburan wanita dengan menggalakkan ovulasi yang tetap.

Beras perang juga mengandungi asid folik yang membantu dalam peredaran darah dan mengelakkan kecacatan bayi akibat tiub neural defect.

# Tips 2 : Susu penuh (whole milk)
Whole milk mengandungi jumlah tertentu kalsium yang penting untuk kesihatan reproduktif dan tulang.

Lemak daripada susu tersebut diperlukan semasa mengandung. Selain itu, anda boleh ambil full-fat aiskrim, yogurt dan keju. Ambil segelas susu setiap hari untuk dapat bekalan kalsium yang mencukupi.

# Tips 3 : Minyak zaitun
Lemak politaktepu membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan mengurangkan inflamasi dimana kedua-duanya membantu kesuburan.

Kajian menunjukkan pengambilan yang tinggi lemak politaktepu meningkatkan peluang untuk hamil.

# Tips 4 : Brokoli
Kajian menunjukkan makanan yang kaya vitamin C adalah sangat diperlukan bagi mereka yang merancang untuk hamil. Brokoli kaya dengan vitamin C dengan itu menggalakkan kesuburan.

Pada lelaki, vitamin C memperbaiki kualiti sperma dan melindungi sperma daripada kerosakan DNA. Pada wanita pula, ia mengurangkan risiko keguguran dan masalah berkaitan kromosom.

Brokoli juga kaya vitamin B, zink, kalsium, zat besi yang kesemuanya amat penting untuk wanita yang merancang hamil pada usia 30-an.

# Tips 5 : Tiram
Tiram sangat kaya dengan sumber zink yang sangat penting untuk hamil. Pada lelaki, zink membantu meningkatkan aras testosteron dan jumlah semen (air mani). Kekurangan zink boleh mengganggu kitar menstrual yang normal pada wanita, dan memperlahankan penghasilan sperma yang berkualiti pada lelaki.

Kajian juga menunjukkan paras zink yang rendah pada wanita meningkatkan risiko keguguran pada awal kehamilan.

# Tips 6 :Telur
Telur mengandungi vitamin D, yang berperanan dalam menggalakkan kesuburan. Kajian menunjukkan wanita tidak subur menderita kekurangan vitamin D. Telur juga kaya dengan antioksidan dan karotenoids yang menggalakkan kesuburan pada wanita.

Vitamin B12, Omega-3 dan asid folik dalam telur akan meminimakan risiko kecacatan bayi.

# Tips 7 : Salmon
Salmon ialah penggalak kesuburan terbaik. Ini kerana ia mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi dimana Omega-3 membantu menghasilkan hormon reproduktif, meningkatkan pengaliran darah ke organ reproduktif dan juga meminimakan stress.

Selain itu ia juga mengandungi nutrien magik iaitu selenium, sejenis mineral antioksidan yang melindungi telur dan sperma daripada serangan radikal bebas. Ia juga membantu mencegah chromosome breakage yang menyebabkan keguguran dan kecacatan bayi.



# Tips 8 : Kacang hitam (black beans)
Ia kaya dengan fiber yang membantu menstabilkan aras gula dalam darah, dan mengurangkan isu kesuburan seperti PCOS dan isu immunologi.

Ia juga kaya dengan protein. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan protein sayuran akan meningkatkan kesuburan, manakala mineral seperti folat, mangan, magnesium dan zat besi sangat diperlukan untuk anda yang merancang untuk hamil.

# Tips 9 : Kacang almond
Diet yang tinggi vitamin E menunjukkan peningkatan dalam kesihatan sel sperma. Kajian juga menunjukkan kekurangan vitamin E pada wanita boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Vitamin E melindungi sel telur dan sperma daripada kerosakan, serta melindungi embrio daripada keguguran.

# Tips 10 : Avocado
Avocado mengandungi asid folik yang tinggi, lemak monopolitaktepu serta enzim yang bagus. Asid folik (sejenis vitamin B) sangat membantu untuk menggalakkan kesuburan sama ada pada lelaki atau wanita. Asid folik juga membantu mencegah kecacatan tiub neural pada bayi.

Selain mengamalkan pemakanan yang betul, peluang untuk hamil juga akan meningkat jika anda:-


  • mengurangkan tekanan
  • mendapat tidur yang cukup
  • minum air mencukupi
  • bersenam secara tetap
  • menguruskan berat badan
  • berhenti merokok
  • berhenti minum alkohol

Berfikir positif, berdoa serta yakinlah anda bakal menimang cahaya mata selepas berikhtiar dan berusaha dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Dah beriktiar ubah cara makan..nak ambik supplement yang membantu mempercepatkan lagi iktiar dan usaha anda hamil...BOLEH KLIK LINK Di SINI..pengalaman ohsem suami isteri 5 tahun kahwin, di sah kan mengandung!