Thursday, January 22, 2015

Ibu Hamil Alami Kekejangan Kaki di waktu malam..Normal & Kenapa Berlaku?

Ya ALLAH sakit betul kalau kena krem kaki..walaupun kekejangan berlaku hanya beberapa minit tapi impak esok nye..addohai...pengalaman saya hamilkan Safrina dulu berjauhan dengan suami dan masih bekerja..tiap-tiap malam bangun la mengurut sendiri..dugaan PJJ..masa tu tak tahu sebab apa,banyak berdiri kut di siang hari..banyak andaian dibuat termasuk la sebab suka minuman berais...

pengalaman hamil kali ke 2 ni, alhamdulilah..kekejangan kaki is zero..magic kan..alhamdulilah..mama dah jumpa penyelesaian nya..KLIK LINK di sini..pengalaman penulis sendiri..bagi menjawab persoalan yang bermain di minda ibu-ibu di luar sana tu..jom scroll sampai habis entry ni ye.. normal kah kekejangan kaki berlaku?

nantikan entry khas..boleh tak ibu hamil minum minuman berais??..jeng..jeng..

Rupanya, kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 





Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
 
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
 
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

 


Cara Untuk Atasi Ketika Kekejangan Kaki Berlaku
 
Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  1. Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  2. Urut otot yang kejang itu.
  3. Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
 

Cara Untuk Mengelakkan kekejangan Kaki

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
 
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.